Header Ads

About



Assalamualaikum wbt.


Ummu luqman atau Nurul Asyikin bt Abu Bakar adalah ummi kepada seorang mujahid yang diberi nama Wan Muhammad Luqman Hakim Wan Sulaiman. Ummu Luqman bersempena gelaran ummi kepada mujahid luqman. Baru cuba berjinak dengan karier bloging, ummu Luqman atau Ummi  lebih menfokuskan kepada hal keibubapaan terutamanya berkaitan dunia kehamilan, berpantang,  penyusuan serta penjagaan bayi. Blog ini juga turut menfokuskan kepada penceritaan pengalaman ummu luqman sendiri  membesarkan mujahid luqman yang merasakan ianya satu pengalaman baru dan indah serta wajar dikongsi sesuai dengan tema ‘Story of Life’.

Ummu Luqman seorang pengedar Shaklee yang sah dengan number ID 1209305. Pernah berkerja sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej swasta sebelum berhenti kerja dan menjaga sepenuhnya Wan Muhammad Luqman Hakim, zuriat yang dinanti hampir 2 tahun. 

Banyak ranjau yan ditempuh dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Walaupun hanya diuji selama 2 tahun, namum ianya amat perit dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Perkongsian amalan serta pengalaman ummu Luqman bukan bertujuan untuk riak tetapi lebih kepada perkongsian dari ibu muda yang baru merasai pengalaman keibubapaan.

Ummu Luqman telah lama mengenali shaklee. Namun disebabkan sebelum ini kurang mempercayai produk makanan tambahan , ummi tidak begitu mengendahkannya sehinggalah ummi disahkan mengandung mujahid Luqman. Permulaan bagaimana ummi serius dengan produk shaklee adalah apabila ummi alah pada susu yang sangat penting untuk ibu yang mengandung. Bermula dari masalah ini, ummi 'terpaksa' mengambil suppliment ostematrix bagi menggantikan susu supaya kalsium ummi tidak berterusan hilang dari badan kerana diserap oleh bayi dalam kandungan.

Setelah melihat perubahan yang ketara dari mujahid Luqman, ummi berasa sangat menyesal kerana tidak mengamalkan kesemua produk dalam set kehamilan shaklee, tidak hanya ostematrix.

Antara perubahan ketara mujahid Luqman adalah  tali pusat mujahid tanggal dalam tempoh seminggu. Tulang leher juga cepat keras dan mujahid Luqman lebih matang berbanding usiannya.

Kini mujahid Luqman telah berusia 6 bulan dan dia  mampu menggunakan walker dengan pantas dan cekap! 

Kemungkinan apa yang diceritakan ini tidak sama dengan pengalaman orang lain terutamanya ibu-ibu yang telah mempunyai anak yang ramai namun diharapkan apa yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya terutamanya ibu muda atau bakal ibu yang masih dan tengah berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Wallahualam

Enjoy my experiences!!