Header Ads

6 LANGKAH AWAL UNTUK MENCEGAH PENYAKIT KAKI, TANGAN DAN MULUT




Kanak-kanak sangat mudah dijangkiti dengan penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut. Sebagai ibu bapa, anda harus memainkan peranan dalam mencegah penyakit ini daripada menjangkiti kanak-kanak. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain rawatan mengurangkan gejala penyakit tersebut.

Berikut adalah 6 langkah awal yang boleh diamalkan oleh ibu bapa:-

  1. Cuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.
  2. Menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.
  3. Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  4. Ibu bapa atau penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi.
  5. Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  6. Jauhkan anak-anak daripada tempat awam yang sesakseperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam sekianya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Nota ummi

Mujahid luqman Alhamdulillah masih terselamat daripada jangkitan penyakitan ini. Namum begitu, ummi sentiaa bersedia sedangan sebarang kemungkinan. Ummi memang tidak akan membawa mujahid luqman ini ke tempat yang sesak serta ramai orang tanpa keperluan yang mendesak.

Ummi mempersiapkan mujahid luqman dengan herbal blend dari Shaklee. Herbal blend adalah produk Shaklee yang mampu mengurangkan tandajangkita penyakita kaki, tangan dan mulut.

Herbal blend diperbuat daripada bahan alami atau semulajadi yang selamat sekiranya anak atau bayi yang dijangkiti penyakit kaki, tangan dan mulut ini termakan krim herbal blend.


No comments