Nyamuk aedes adalah
antara serangga yang boleh membawa penyakit yang berbahaya. Kita orang yang
dewasa mungkin mampu bertindak dengan sendiri sekiranya digigit nyamuk aedes
namun tidak bagi bayi atau kanak-kanak.
Berikut adalah 8
langkah untuk mengelak daripada gigitan nyamuk aedes yang boleh diamalkan.
- Lindungi kulit dengan memakai seluar dan baju lengan panjang terutama ibu hamil.
- Menggunakan repellen (krim anti gigitan nyamuk) untuk mengelak daripada gigitan nyamuk.
- Tidur dalam kelambu pada waktu malam.
- Pasang jaring penghalang nyamuk pada pintu dan tingkap.
- Hapuskan tempat pembiakan nyamuk.
- Sembur aerosol racun serangga.
- Elakkan berada di luar rumah pada awal pagi (6 hingga 8 pagi) atau senja (6 hingga 8 malam). Waktu ini adalah waktu aktif nyamuk aedes menggigit.
- Jangan sediakan tempat untuk nyamuk membiak seperti bekas-bekas atau air bertakung. Bersihkan dengan kerap jika terdapat air bertakung di kawasan rumah anda seperti pelapik pasu, mangkuk haiwan peliharaan dan sebagainya sekurang-kurangnya sekali seminggu.
No comments