Header Ads

5 MAKLUMAT KESIHATAN YANG MUNGKIN DITANYA OLEH DOKTOR KETIKA HAMIL




Bersedialah dengan 5 maklumat kesihatan anda yang mungkin akan ditanya oleh doktor sekiranya disahkan hamil.





1     Tarikh hari pertama haid terakhir anda

     Maklumat lengkap peribadi anda

  
-        Maklumat seperti alamat rumah, nama penuh dan no telefon suami atau waris terdekat serta no kad pengenalan . ini bagi memudahkan urusan pusat kesihatan menyimpan maklumat.

     Imun kepada penyakit rubella (campak jerman)

-      Sahkan status anda samada pernah mendapat suntikan rubella atau tidak melaui ujian darah kerana jika tidak, penyakit ini boleh menyebabkan kecacatan pada bayi terutama pada awal perkembangannya ketika organ-organ dalamannya sedang terbentuk.

     Sihat tubuh badan daripada gejala penyakit

-          Penting kerana sesetengah penyakit boleh menjangkiti dan membahayakan zuriat.
-          Maklumkan kepada doktor jika anda mempunyai masalah kesihatan.

     Memerhatikan sejarah kesihatan

-       Kedua-dua belah keluarga anda dan suami kerana dikhuatiri terdapat penyakit keturunan yang boleh membahayakan kandungan ibu.
-         Bincanglah dengan doktor sekalipun doktor tidak bertanya.

No comments