Header Ads

TANDA-TANDA KEHAMILAN




Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin segera menimang cahaya mata. Namun bagi wanita, ada kalanya kita sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengetahui diri kita sedang hamil terutamanya bagi bakal ibu muda.
Berikut adalah 6 tanda-tanda kehamilan

  1. Tidak datang haid atau menstruasi
-        Tanda ini adalah tanda yang biasa diberi perhatian oleh kaum wanita terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin.
-        Kelewatan kedatangan haid amat mendebarkan samada ianya memang benar diri mengandung atau kitaran haid sedikit lewat kerana hormone tidak stabil.
-          Ketika ini dinding rahim sedang dipersiapkan untuk proses kehamilan.
-        Penting bagi setiap wanita untuk mengetahui hari pertama haid yang terakhir untuk menentukan usia kandungan dan perkiraan tarikh bersalin.


  1. Mual dan muntah
-    Berasa mula, muntah atau alahan kepada bau makanan sering terjadi sebagai tanda awal kehamilan.
-          Ini kerana berlaku perubahan hormon di dalam badan atau dikenali sebagai morning sickness.
-       Istilah Morning sickness adalah kerana mual dan muntah sering terjadi pada waktu pagi pada bulan-bulan pertama kehamilan.


  1. Sering membuang air kecil
-          Hal ini terjadi kerana pundi kencing ditekan oleh rahim yang semakin membesar.
-          Kebiasaannya akan berterusan sepanjang tempoh kehamilan.
-        Selepas minggu ke-12 akan menjadi sedikit berkurang dan timbul kembali pada minggu ke-28 kehamilan.

  1. Mengidam
-          Perkara biasa yang berlaku pada ibu yang sedang mengandung.
-          Perubahan hormone menyebabkan rasa menginginkan makanan-makanan tertentu.sering terjadi pada bulan-bulan pertama sahaja.

Tanda-tanda lain

  1. Perubahan saiz payudara secara drastik
  2. Puting membesar, berwqarna lebih gelap dan kadangkala terasa gatal payudara san sakit.

Nota ummi

Memandangkan ummi menunggu utuk mengandung hampir 2 tahun, kelewatan kedatangan haid tidak begitu mengujakan ummi. Hal ini adalah kerana ummi tahu kitaran haid ummi tidak teratur. Namun begitu, setelah ummi menjalani sesi pemeriksaan bersama pakar O & G di hospital kemaman ummi rasa sangat teruja dengan kelewatan kedatangan haid.

Ummi dapatkan nasihat dari pakar serta membuat ujian kesuburan demi mengetahui punca kelewatan ummi memperolehi zuriat.

Walaupun jarak  masa untuk setiap sesi adalah sebulan, ummi dan suami redah juga kerana kami mengangap ini sebagai usaha dari kami.

Mulanya ummi disahkan kekurangan cecair progestron yang menyebabkan benih tidak dapat menempel dengan baik.

Ummi diberi ubat untuk menambahkan kandungan cecair progestron yang perlu dimakan mengikut hari tertentu dalam tempoh kedatangan haid. Setelah itu, ummi diberi ubat untuk memastikan kitaran haid ummi tetap dan dapat mengira waktu subur dengan tepat.

Kelewatan kedatangan haid selepas kitaran haid ummi tetap sangat mendebarkan ummi. Selepas hampir 5 hari lewat, ummi memberanikan diri untuk membuat ujian air kencing sendiri di rumah.
Ummi ingat lagi, ketika bangun untuk mengerjakan solat subuh, ummi test menggunakan air kencing diawal pagi.

Ummi test kemudian ummi tinggalkan alat ujian kehamilan itu untuk solat subuh. Ketika ingin mandi pagi untuk ke tempat kerja, baru ummi jenguk alat ujian tesebut.

Pada awalnya ummi malas untuk menghabiskan masa dengan menunggu naik bar yang akhirnya ummi akan kecewa. Jadi lepas ummi titiskan air kencing, ummi terus tinggalkan dengan tanggapan keputusannya masih sama..1 bar.

Ummi terkejut bila alat ujian kehamilan itu menjadi 2 bar dengan salah satu bar itu sedikit kabur.
Ummi dan suami membuat pengesahan di klinik setelah usia kandungan hampir ke 2 minggu kerana takut untuk terlalu teruja dan kecewa.

Setelah disahkan doktor bahawa ummi benar-benar mengandung, tanda-tanda kehamilan yang lain juga menyusul.

No comments