Ibu-ibu pasti tak sabar untuk memberi bayi yang menginjak usia 6 bulan makan makanan pepejal selain susu badan. jom lihat bullet food yang sesuai mengikut tingkat usia bayi.
- Kajian mendapati bahawa pada usia enam bulan, tubuh bayi turut membina bakteria pelindung yang membantu sistem penghadaman memproses makanan pepejal.
- Bayi yang diberi makanan pepejal sebelum usianya enam bulan akan menyebabkan bayi mengalami masalah pada kemudian hari.
- Bayi seharusnya menerima makanan pertamanya ketika berusia enam bulan. Ini kerana organ dalamannya sudah matang untuk menerima makanan pepejal
- Sediakan puri pada awal sesi pengenalan makanan pepejal.
- Adalah lebih baik jika menyediakan sendiri puri dengan menggunakan bahan yang segar berbanding membeli makanan yang sedia ada di pasaran.
- Mulakan dengan kuantiti yang sedikit. Setelah bayi pandai menikmatinya, tambahkan kuantiti puri.
- Perkenalkan sejenis makanan sahaja pada satu-satu masa sebelum menukar kepada makanan yang lain.
- Cara ini membolehkan bayi menerima makanan yang baru dengan lebih mudah.
- Cara ini juga membantu anda melihat jika ada tanda-tanda alahan kepada bayi jika dia diberi jenis makanan tertentu.
Carta
pemakanan bayi 6-18 bulan
Umur
6 bulan
Tekstur
makanan
|
Puri
(halus)
|
Minuman
|
Susu
ibu
|
Makanan
|
Beras,
pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah,mangga
|
Perlu
dielakkan
|
Garam,
gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang
|
Umur
7 bulan
Tekstur
makanan
|
Puri
(sedikit kasar)
|
Minuman
|
Susu
ibu, air masak atau jus buah buahan segar yang dicairkan (1:5)
|
Makanan
|
Buah
buahan, sayur sayuran, gandum, telur kuning dan mentega kacang
|
Perlu
dielakkan
|
Susu
lembu segar, cili, garam, gula, telur putih, ikan dalam tin dan organ dalaman
haiwan.
|
Umur
8-12 bulan
Tekstur
makanan
|
Lenyek
/ kisar / cincang
|
Minuman
|
Susu
ibu, air masak atau jus buah buahan segar yang dicairkan (1:5)
|
Makanan
|
Buah
buahan, sayur sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur kuning.
|
Perlu
dielakkan
|
Telur
putih, cili, kerang kerangan, garam, gula, organ dalaman dan lemak
|
Umur
12-18 bulan
Tekstur
makanan
|
Cincang
|
Minuman
|
Susu
ibu, air masak atau jus buah buahan segar yang dicairkan (1:5)
|
Makanan
|
Sama
seperti keperluan ahli keluarga yang lain.
|
Perlu
dielakkan
|
Telur
mentah, cili dan kerang kerangan.
|
*Bubur nasi adalah makanan yang paling ideal untuk bayi.
*Bubur
nasi juga boleh dijadikan bahan asas untuk digabungkan bersama puri
sayur-sayuran atau buah-buahan.
Nota Ummi
Ummi belum ada apa-apa lagi pengalaman sebab mujahid luqman baru berusia 4 bulan lebih. namun begitu, ummi telah fikir macam-macam menu nak bagi mujahid luqman ne cuba. tazzabarrrr :-)
Sudah semestinya apa yang ummi tulis ne ummi akan cuba sebab ini semua adalah saranan dari pakar pemakanan untuk bayi.
Jom cuba nanti. Save tau!!
Opsss....ummi hampir terlupa. ummi juga akan perkenalkan luqman dengan produk dari shaklee ne, khusus untuk kanak-kanak
sebab apa ummi nak bagi? sebab semua khasiat ada dalam vita-lea for children ne.
Ini lupa rangkaian produk dari shaklee khusus untuk kanak-kanak. luqman pasti akan cuba nanti. insyaallah
No comments