Header Ads

5 Cara Kurangkan Morning Sickness

Dapat tahu diri ini hamil, sangat best !
Morning sickness yang tak best !
Betul kan?





Morning sickness

  •  Kebanyakkan wanita hamil menghadapi masalah ini terutmanya diawal trimester kehamilan.
  • Morning sickness berpunca daripada beberapa faktor seperti perubahan fisiologi, hormon dan alahan terhadap bau-bau tertentu mengakibatkan kerap berasa loya dan muntah terutamanya di waktu pagi.
  • Walaupun masalah ini dikenali sebagai morning sickness namun ia tidak hanya berlaku di waktu pagi. Ada segelintir wanita mengalami masalh ini sepanjang hari.
  • Masalah ini akan beransur pulih apabila usia kehamilan meningkat.
  •  Morning sickness tidak mengundang bahaya kepada bayi malah ia adalah petanda bahawa bayi berkeadaan sihat 
  • Morning sickness yang menyebabkan penurunan berat badan akan menjadi satu masalah kerana anda berhadapan dengan masalah dehidrasi yang memungkinkan anda untuk mendapatkan rawatan segera.                

5 Cara mengatasi atau mengurangkan morning sickness

  1.  Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
  2. Makan makanan yang masam jika tekak terasa loya
  3. Elakkan makanan yang berlemak
  4. Hindari bau-bauan yang kurang menyenangkan
  5. Jangan berbaring selepas makan

Nota Ummi

Alhamdulillah sepanjang mengandungkan luqman, ummi kurang mengalami morning sickness. Ummi hanya mengalami morning sickness pada trimester yang pertama iaitu dalam minggu ke 11 dan minggu ke 12. Masuk trimester yang kedua, ummi dah tak rasa apa-apa.

Sebelum ummi dapat tahu ummi mengandung, ummi suka sangat makan kambing perap bakar sedangkan sebelum ini ummi tak pernah suka makan kambing sebab busuk.ehe

Morning sickness yang paling teruk ummi alami adalah ummi tak boleh bau mulut suami ummi, abi luqman walaupun dia cakap dah gosok gigi ummi tetap rasa mulut dia busuk.hahaa..adoii, kesian dia. Ada orang tak boleh bau badan suami tapi ummi Alhamdulillah boleh lagi bau dia malah jadi ketagih nak cium. Bau harum jer rasa walaupun dia baru balik dari kerja. Pelik kan.

Bau bahan mentah macam ikan, ayam memang ummi tak boleh bau. Siang ikan pun ummi tak boleh sehingga sampai waktu bersalin. Jadi, nak makan memang abi luqman jelah yang tolong siang. kena jadi suami mithali ;-)

Perkara pelik juga berlaku masa morning sickness ne, ummi tak boleh minum air sirap atau bandung. Kalau minum mesti akan muntah. Tapi teringin..uhuu... bila teringin beli lagi, muntah lagi..last ummi beli horlick jer sampai ke nak bersalin. Horlick pun bukan ummi suka tapi bila mengandung dah jadi minuman kegemaran. Mungkin sebab tu kot luqman lahir kulit putih dan gebus walaupun ummi dengan abi dia kelabu asap.ehe (wallahualam).

Nota – ummi kurang minum air soya masa mengandung sebab tak elok kecuali ESP, soya juga tapi bukan soya biasa. Non- GMO dan terbukti bagus melalui ujian klinikal. Minum juga, tapi tak ketagih atau taksub macam minum horlick.

                                    


Boleh cuba Peppermint Ginger Plus untuk mommies yang loya-loya dan berangin badannya tu. InsyaAllah ikhtiar yang terbaik !

Hubungi Ummi Nurul jika berminat. Konsultasi eksklusif punya lah..=)


Semoga bermanfaat.

No comments